Welcome

WELCOME MY FRIENDS

Saturday 9 July 2011

kenangan yang tak mungkin dapat berulang lagi

Projek Pendidikan Luar PJPK Taman Negara, Pahang 1994.

Gayat ketika berada pada ketinggian 100 meter dari tanah.berdiri di celah-celah pucuk pokok.Canopy Walkway
Ketika menjelajah Gua Telinga.Bayangkan lubang telinga.Camtu lah.Masuk je pintu gua terus nak cari jalan keluar.Suasana gelap, dengan busuk tahi kelawar, kelawar pula cempera orang Kedah kata.Memang menakutkan dan mencabar.
Pukul 3.30 pagi meredah hutan taman negara hendak ke puncak (tak ingat nama) untuk melihat  fajar pagi .Itulah , mungkin sekarang sudah tidak mampu.

Bergambar beramai-ramai di tapak perkhemahan .







Belajar berenang dan menyelam di Lubuk Simpon.Tengok airnya.Warna tak sama seperti air sungai biasa.Penuh dengan akar kayu .Sejuk tak payah cerita la....

Meredah Sungai Ulu Tembeling (Sg.Pahang ) yang ternama.Sampan yang dinaiki membelah air sehingga terpercik ke muka. Air sungai pula dapat dirasa dengan tangan .Lapangnya fikiran hanya Allah sahaja yang tahu.

Mungkinkah detik itu kembali lagi.Zaman yang penuh dengan keseronokan dan berani menghadapi cabaran .

2 comments:

  1. lihat kepada post ini, saya sendiri dapat merasai betapa seronoknya mengikuti aktiviti seperti ini... tahniah kepada cikgu kerana berani menyahut cabaran...

    ReplyDelete
  2. Dah lama tu...tapi kenangan bersama kengkawan tetap segar dlm ingatan kan?!!

    ReplyDelete