Welcome

WELCOME MY FRIENDS

Sunday, 10 July 2011

Hayatilah sajak ini


DIRGAHAYU BAHASAKU


Tempatmu di singgahsana
hati nurani bangsaku
warga yang berbudi
setia dan amanah

Bahasa itu maruah bangsa
yang mesti dipelihara martabatnya
agar tetap kukuh dan ampuh
melayari lautan bijaksana
salam ikatan mesra dan teguh

Cekal dan waja semangat pejuangku
hak bangsaku memilikimu
hak bangsaku mendaulatkanmu
di bumi bertuah ini
merentas dunia tak bertepi.

Sejarah bangsa mencatatkan kegemilangan
ke barat dan ke timur menjalin persaudaraan
gagah pelautku membelah lautan
ke utara dan ke selatan bahasaku mencengkam
dari pulau ke pulau menggilap mutiara silam.

Dirgahayu bahasaku
di arena antarabangsa suaramu tumbuh
menusuk kalbu lagu bahasamu
bahasamu bahasa minda
mudah akrab bertatasusila
daripada bangsa yang bernama Melayu
menempa kejayaan di alaf baru

Ahmad Sarju
Manuskrip luka Bangsa, 2006


5 comments:

  1. Okey juga sajak ni... ada masanya kita lupa untuk memartabatkan bahasa kita, Bahasa Malaysia.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum.Amboi sajak ilmiah la. tapi bestla
    Ni gambaq zaman bila ni. Remaja belia lagi.

    ReplyDelete
  3. salam..betul...kita yg kadang-kala melupakan cantik dan indahnya bahasa kita..

    ReplyDelete
  4. bahasa jiwa bangsa..jom follow n komen blog sy yg x seberapa.tq

    ReplyDelete