Welcome

WELCOME MY FRIENDS

Wednesday, 27 June 2012

Saturday, 9 June 2012

Indahnya alam ciptaan Allah






tenangkah ikan ini
berenang dalam tempat indah
dibelai dan dijaga

gembirakah ikan ini
berenang ke sana ke mari

itulah kehidupan
gembira
senang
rindu
runsing
semuanya tergantung kepada kita
mampukah kita mengatur hidup ini

Pantun

Pisau raut hilang di rimba,
    Pakaian anak raja di Juddah;
Karam di laut boleh ditimba,
    Karam di hati bilakah sudah?


Buah berangan masaknya merah,
    Kelekati dalam perahu;
Luka di tangan nampak berdarah,
    Luka di hati siapa tahu?


Banyaklah orang menanam pulut , 
   Saya seorang menanam padi;
Banyaklah orang karam di laut,  
   Saya seorang karam di hati.


Dari Jawa ke Bengkahulu,
    Membeli keris di Inderagiri;
Kawan ketawa ramai selalu,
    Kawan menangis seorang diri.


Akar nibung meresap-resap,
    Akar mati dalam perahu;
Terbakar kampung nampak berasap,
    Terbakar hati siapa yang tahu.


Seri Mersing lagulah lama,
    Lagu dikarang biduan dahulu;
Hatiku runsing gundah gulana,
    Dimana tempat hendak mengadu?


Penatlah saya menanam padi,
    Nenas juga ditanam orang;
Penatlah saya menanam budi,
    Emas juga dipandang orang.


Nyiur muda luruh setandan,
    Diambil sebiji lalu dibelah;
Sudah nasib permintaan badan,
    Kita dibawah kehendak Allah.