Welcome

WELCOME MY FRIENDS

Friday 15 July 2011

Antara kreativiti dan kesenian

Lukisan mural bertema lautan menghiasi dinding PSS
untuk memberi info kepada murid-murid SK Tunku Raudzah.

Mural pada dinding Serambi Raudzah .


Mural air terjun ini pula menenangkan fikiran
murid apabila melangkah ke tangga PSS SK Tunku Raudzah.





Hiasan mural perkampungan tradisional Melayu mengembalikan nostalgia sebuah perkampungan Melayu yang damai.

Kepentingan teknologi dalam P&P


Kepentingan teknologi pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran
·  Melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran kerana berfokuskan kepada isi-isi penting kepada topik yang akan disampaikan.

·  Menjimatkan masa, tenaga dan wang.

·  Mengelakkan rasa bosan pelajar seterusnya mengekalkan minat pelajar. Ia juga boleh menghiburkan pelajar.

·  Mudah faham dan elak salah tafsir terhadap konsep melalui deria melihat, mendengar atau menyentuh.

·  Membetulkan sebarang kekeliruan atau salah tafsir kerana ia memberi sesuatu gambaran yang menyeluruh dan jelas sesuatu konsep dan kaitannya dengan kehidupan seharian.

·  Melibatkan pelbagai deria pelajar. Cth: penggunaan visual yang diikuti oleh audio akan melibatkan deria lihat dan dengar dan mungkin deria sentuh. Penglibatan deria ini akan meningkatkan daya ingatan pelajar.

·  Memberi kelainan dan kepelbagaian kepada kaedah mengajar.

·  Membantu pelajar mendapat kesan pembelajaran yang maksimum dengan penggunaan masa yang minimum.

·  Memperkayakan pengalaman pelajar. Cth: media bergerak boleh memperkayakan pengalaman murid. Kejadian yang tidak pernah mereka lihat atau alami akan dapat mereka saksikan sendiri dan ini menjadikan mereka seoalah-olah mereka mengalaminya.
Bagaimanakah ICT membantu saudara saudari melicinkan pembelajaran di sekolah ?

Tuesday 12 July 2011

Budaya mencari ilmu

Murid-murid SK.Tunku Raudzah membaca buku pada waktu rehat di perpustakaan.




Murid-murid boleh menonton
televisyen, astro dan pelbagai
perisian yang lain seperti CD
di perpustakaan SK Tunku Raudhah.

Sunday 10 July 2011

Hayatilah sajak ini


DIRGAHAYU BAHASAKU


Tempatmu di singgahsana
hati nurani bangsaku
warga yang berbudi
setia dan amanah

Bahasa itu maruah bangsa
yang mesti dipelihara martabatnya
agar tetap kukuh dan ampuh
melayari lautan bijaksana
salam ikatan mesra dan teguh

Cekal dan waja semangat pejuangku
hak bangsaku memilikimu
hak bangsaku mendaulatkanmu
di bumi bertuah ini
merentas dunia tak bertepi.

Sejarah bangsa mencatatkan kegemilangan
ke barat dan ke timur menjalin persaudaraan
gagah pelautku membelah lautan
ke utara dan ke selatan bahasaku mencengkam
dari pulau ke pulau menggilap mutiara silam.

Dirgahayu bahasaku
di arena antarabangsa suaramu tumbuh
menusuk kalbu lagu bahasamu
bahasamu bahasa minda
mudah akrab bertatasusila
daripada bangsa yang bernama Melayu
menempa kejayaan di alaf baru

Ahmad Sarju
Manuskrip luka Bangsa, 2006


Saturday 9 July 2011

kenangan yang tak mungkin dapat berulang lagi

Projek Pendidikan Luar PJPK Taman Negara, Pahang 1994.

Gayat ketika berada pada ketinggian 100 meter dari tanah.berdiri di celah-celah pucuk pokok.Canopy Walkway
Ketika menjelajah Gua Telinga.Bayangkan lubang telinga.Camtu lah.Masuk je pintu gua terus nak cari jalan keluar.Suasana gelap, dengan busuk tahi kelawar, kelawar pula cempera orang Kedah kata.Memang menakutkan dan mencabar.
Pukul 3.30 pagi meredah hutan taman negara hendak ke puncak (tak ingat nama) untuk melihat  fajar pagi .Itulah , mungkin sekarang sudah tidak mampu.

Bergambar beramai-ramai di tapak perkhemahan .







Belajar berenang dan menyelam di Lubuk Simpon.Tengok airnya.Warna tak sama seperti air sungai biasa.Penuh dengan akar kayu .Sejuk tak payah cerita la....

Meredah Sungai Ulu Tembeling (Sg.Pahang ) yang ternama.Sampan yang dinaiki membelah air sehingga terpercik ke muka. Air sungai pula dapat dirasa dengan tangan .Lapangnya fikiran hanya Allah sahaja yang tahu.

Mungkinkah detik itu kembali lagi.Zaman yang penuh dengan keseronokan dan berani menghadapi cabaran .

Friday 8 July 2011

Marilah kita renungkan bersama

" orang yang celik mata hati sering melihat api neraka.Setiap kali ia menyalakan api untuk memasak, ia teringat neraka. Setiap kali menyaksikan letusan gunung berapi yang mengeluarkan asap hitam, diikuti aliran lahar yang membakar, hatinya serta merta dipenuhi ketakutan ."m/s 103 solusi isu 28

 Hasad...punca sengketa.Hasad yang ada dalam hati lebih menyeksa empunya diri daripada orang yang dihasad.Ia umpama api membakar dirinya terlebih dahulu. Jiwa tidak tenang, fikiran sentiasa kacau dan perasaan tidak akan tenteram .- solusi isu32 m/s 6

Cerita tentang roh.....roh-roh yang tersiksa, akan menyebabkan mereka sentiasa sibuk dengan seksaan yang diterima.Lantas peluang untuk ziarah-menziarahi itu tiada kesempatan untuk memikirkannya.Berbeza dengan roh-roh yang mendapat nikmat, ia akan bergerak bebas dan tiada siapa yang dapat menahannya untuk saling bertemu dan menziarah.  m/s 20-21 Al-Islam 12/2010

Mendisiplinkan anak perlu ketegasan


Program Motivasi Alihan Pelajar - Mendisiplinkan anak perlu ketegasan

Mendisiplinkan anak perlu ketegasan
Oleh Dr Tengku Asmadi Tengku Mohamad
Sumber: HMETRO

ANAK cemerlang sama ada dalam pelajaran, kokurikulum dan sukan adalah mereka yang disiplin. Ramai ibu bapa gagal mendisiplinkan anak mereka dan tidak sedar pentingnya perkara itu. Mendisiplinkan anak memerlukan ketegasan, komitmen dan kebiasaan ibu bapa sendiri. Apabila kita tegas dan anak tahu yang kita serius, mereka akan akur dan berusaha mematuhinya. Usah jadi seperti ketam yang mengajar anaknya berjalan betul sedang diri sendiri tidak betul.

Berikut beberapa perkara yang perlu dititikberatkan dalam mendisiplinkan anak:
  • Pastikan mereka tiba awal ke sekolah. Sikap tidak kisah ibu bapa, akhirnya anak didenda pengawas. Ini pasti mengganggu emosi anak dan menyebabkan mereka ponteng kerana takut atau malu masuk ke sekolah.
  • Jejaki anak anda selepas sekolah. Kebanyakan sekolah harian, waktu persekolahan tamat tengah hari sedangkan ibu bapa bekerja hingga jam 5 petang.
  • Dalam masa beberapa jam tanpa kawalan itu, anak boleh lakukan pelbagai perkara. Sesekali lakukan pemeriksaan mengejut dengan balik ke rumah awal untuk pastikan aktiviti anak. Jejaki di mana mereka dan siapa kawan mereka.
  • Pastikan mereka hadir di sekolah, kelas tuisyen dan kelas agama. Sibukkan diri anak selepas waktu persekolahan dengan menghantar mereka ke kelas tuisyen dan kelas agama.
  • Ini membolehkan kita tahu di mana mereka. Periksa dengan guru tuisyen dan agama sama ada anak kita hadir atau tidak. Jangan percaya bulat-bulat cakap anak.
  • Semak beg dan laci anak. Sesekali cuba semak beg dan laci anak dan tengok apa di dalamnya. Mereka mungkin menyimpan video lucah atau rokok.
  • Pastikan mereka siapkan tugasan dan kerja sekolah. Namanya pun bersekolah jadi pasti ada kerja rumah.
  • Jangan terlalu percaya apabila anak berkata tiada kerja rumah. Lama-kelamaan anak terbiasa dengan tidak menyiapkan kerja sekolah. Ini membuatkan mereka tidak faham apa yang dipelajari dan keputusan peperiksaan merosot.
  • Aturkan masa belajar dan masa rehat. Didik mereka konsep pengurusan masa. Mereka perlu tahu waktu belajar, main, menonton TV, Internet, beribadah dan santai.
  • Latih anak dirikan solat di awal waktu. Disiplin anak bermula dengan bagaimana mereka mengerjakan solat.
  • Jika suruhan Allah dilewatkan dan diabaikan, sukar mereka mematuhi suruhan manusia. Biasanya anak memberatkan akan kepentingan solat ini. Lama kelamaan ia akan menjadi kebiasaan.
  • Dalam mendisiplinkan anak, ibu bapa perlu adil antara seorang anak dengan yang lain. Jangan anak A perlu berada di rumah sebelum jam 6 petang tetapi anak B, dia balik jam 7 malam, kita masih mendiamkan diri. Ini mungkin menyebabkan anak protes.
  • Dalam mendisiplinkan anak, keseragaman arahan dan peraturan antara ibu dan bapa penting. Ibu kata masuk tidur jam 10 malam, tetapi si ayah suruh jam 11 malam. Mana satu anak nak ikut? Akhirnya mereka ikut masa mereka sendiri.
Anak yang bermotivasi akan lebih mudah untuk berdisiplin, contohnya yang mengikuti program Motivasi Alihan Pelajar yang dianjurkan MAP Training & Consultancy Sdn Bhd. Mereka mampu mengurus diri dan mengatur masa dengan sendiri kerana didedahkan kepentingan disiplin sepanjang program motivasi itu. Selepas program dua hari, ibu bapa akan mendapati anak-anak mereka lebih mudah dibentuk, bersemangat dan mempunyai kesedaran diri dan disiplin tinggi. Ibu bapa boleh masukkan anak-anak mereka ke program Motivasi Alihan Pelajar pada Julai ini di Kuala Lumpur.

Maklumat lanjut, hubungi 05-3134622, 016-5580619, 03-22734622, 016-5580719; atau layari http://www.laman-map.com.

Sinopsis Aplikasi komputer dalam pengajaran bahasa

Yahya Othman menulis bahawa pengajaran bahasa dengan komputer adalah antara kaedah pengajaran yang dianggap bersesuaian dengan keperluan pendidikan kini. Ia berkesan kerana dikatakan mampu mempengaruhi keberkesanan pengajaran guru dan penguasaan murid .Persoalannya, benarkah begitu ? Adakah semua guru bahasa mampu ?Kajian ini memberi penekanan kepada penyediaan bahan pengajaran multimedia, penggunaan internet, pembinaan laman web yang kurang diberi perhatian. Kedua, kesan pengajaran BM menggunakan komputer kepada pelajar agak positif terutama murid cerdas. Ketiga, kekangan utama yang dihadapi oleh guru dalam menjalankan pengajaran dan pelajar kurag berminat dalam pembelajan.