Welcome

WELCOME MY FRIENDS

Saturday, 9 June 2012

Pantun

Pisau raut hilang di rimba,
    Pakaian anak raja di Juddah;
Karam di laut boleh ditimba,
    Karam di hati bilakah sudah?


Buah berangan masaknya merah,
    Kelekati dalam perahu;
Luka di tangan nampak berdarah,
    Luka di hati siapa tahu?


Banyaklah orang menanam pulut , 
   Saya seorang menanam padi;
Banyaklah orang karam di laut,  
   Saya seorang karam di hati.


Dari Jawa ke Bengkahulu,
    Membeli keris di Inderagiri;
Kawan ketawa ramai selalu,
    Kawan menangis seorang diri.


Akar nibung meresap-resap,
    Akar mati dalam perahu;
Terbakar kampung nampak berasap,
    Terbakar hati siapa yang tahu.


Seri Mersing lagulah lama,
    Lagu dikarang biduan dahulu;
Hatiku runsing gundah gulana,
    Dimana tempat hendak mengadu?


Penatlah saya menanam padi,
    Nenas juga ditanam orang;
Penatlah saya menanam budi,
    Emas juga dipandang orang.


Nyiur muda luruh setandan,
    Diambil sebiji lalu dibelah;
Sudah nasib permintaan badan,
    Kita dibawah kehendak Allah.

No comments:

Post a Comment