Welcome

WELCOME MY FRIENDS

Sunday, 22 January 2012

nilai-nilai murni


Nilai-nilai murni Yang Perlu Diketahui Untuk Memudahkan Penulisan Ulasan
Bahagian C kertas Penulisan

Sebanyak 17 nilai murni yang perlu diketahui bersama huraian dan contoh-contoh ayat yang menerangkan tentang pemilihan nilai yang tepat.

1.BAIK HATI
Bermaksud sentiasa mengambil berat terhadap perasaan dan kebajikan orang lain secara tulus ikhlas.

A . Belas Kasihan                   
menjaga adik yang sakit
menderma kepada orang yang memerlukan,   
tidak memukul binatang,
membantu orang cacat,
membersih rumah orang tua-tua

B . Bertimbang Rasa                     
Tidak membuat bising ketika ibu bapa tidur,
beratur ketika membeli makanan
tidak memasang radio dengan kuat
mematuhi peraturan jalan raya
beratur ketika menaiki bas

C . Murah Hati                                   
Membantu kawan yang lemah dalam pelajaran
Menghulur derma kepada mereka yang memerlukan
Meminjamkan buku kepada rakan-rakan yang tidak mampu
Menderma pakaian kepada anak-anak yatim

D . Saling Faham-Memahami    
tidak mudah berkecil hati  
Boleh menerima pendapat orang lain
Tidak membuat bising ketika melalui rumah- rumah ibadat
Memahami perasaan orang yang mengalami  kesusahan

E . Sedia Memaafkan                
memaafkan orang yang datang memulangkan barang kita
Memaafkan rakan yang terambil barang
Tidak memarahi adik yang menconteng buku kita

2.BERDIKARI
Bermaksud kebolehan atau kesanggupan seseorang melakukan sesuatu tanpa bergantung pada orang lain.

A . Bertanggungjawab             
menjaga adik ketika ibu bapa tiada di rumah
Menjalankan tugas yang diberi oleh guru
Menjaga keselamatan adik-adik ketika berkelah
Menjaga ibu bapa yang sakit

B . Berupaya Bertindak Sendiri
membasuh dan mengemas rumah tanpa disuruh
Menyiapkan diri ke sekolah tanpa bantuan ibu bapa
Membalut luka adik
Menjemput dan melayan tetamu ketika ibu bapa tiada

C . Jaya Diri                                 
berusaha untuk berjaya
Sentiasa mengulangkaji pelajaran
Mengadakan perbincangan dengan kawan-kawan
Bertanya kepada guru bahagian ilmu yang kurang difahami

D . Yakin Pada Diri Sendiri       
menjawab soalan peperiksaan tanpa meniru
Tidak gentar memasuki pertandingan
Melakukan sesuatu tanpa bantuan orang lain
Yakin pada kebolehan diri sendiri
Tidak takut apabila tinggal sendirian di rumah

3. HEMAH TINGGI
Bermaksud budi pekerti dan tingkah laku yang mulia, lemah lembut serta berbudi bahasa dan mengamalkan..

A . Kesopanan    
menggunakan bahasa yang lembut apabila bertutur.
Sentiasa menunjukkan air muka yang manis kepada orang lain.
Bersalam atau bertanya khabar.
Memakai pakaian tidak mencolok mata dan bersopan di jalan raya.

B. Mengakui Kesalahan Diri  
berterus terang jika melakukan kesalahan.
tidak segan bertanya guru jika tidak faham .
menerima hukuman jika bersalah
meminta maaf kepada guru jika tertinggal buku di rumah.

C . Ramah Mesra 
bergaul mesra dengan sesiapa sahaja tanpa mengira agama,bangsa & darjat
Tidak sombong apabila bergaul dengan sesiapa.
Menunjukkan air muka manis apabila ada tetamu.
Bergaul dan bermain dengan jiran dan anak jiran.

4.HORMAT-MENGHORMATI
Bermaksud menghargai dan memuliakan seseorang dan institusi sosial dengan memberi layanan yang bersopan.

A.Hormat Dan Taat Kepada Ibu Bapa  
mematuhi nasihat ibu bapa
menjaga ibu bapa dengan baik ketika mereka sakit.
melakukan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang.
sentiasa menjaga nama baik keluarga.
sentiasa meminta nasihat ibu bapa.

B.Hormat Kepada Orang Yang Lebih Tua, Guru ,Rakan, Jiran Dan Pemimpin.
sentiasa bertegur sapa dengan guru.
bersopan-santun terhadap orang yang lebih tua.
mendengar nasihat orang yang lebih tua.
tidak bising ketika di dalam kelas.
tidak mengganggu rakan yang sedang belajar.

C.Hormat Kepada Raja Dan Negara.
menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.
berdiri tegak apabila menyanyikan lagu kebangsaan
menjaga nama baik negara.
berusaha mengharumkan nama negara.
berjuang mempertahankan negara daripada musuh.

D.Hormat Kepada Kepercayaan Dan Adat Resam Pelbagai Keturunan .
Bersama-sama meraikan perayaan keturunan lain.
tidak bising ketika kaum lain menunaikan ibadah.
tidak mengejek, mengganggu dan mengotorkan tempat ibadat agama lain.
sedia mempelajari budaya dan memahami pantang larang kaum lain.

E.Patuh Kepada Undang-Undang.
mematuhi peraturan sekolah
tidak ponteng sekolah
datang awal ke sekolah.
tidak bising di perpustakaan.
mematuhi peraturan lalu lintas.

F.Patuh Kepada Ketepatan Masa  
datang awal ke sekolah agar tidak ketinggalan.
hantar tugasan yang diberi oleh guru tepat pada masa.
membuat dan mematuhi jadual belajar
guna masa lapang untuk aktiviti berfaedah.

G.Menghargai Kebijaksanaan, Pengalaman Dan Jasa
memberi hadiah
menyambut hari guru
mengetahui riwayat hidup pemimpin

H.Menghargai Tenaga Pekerja
tidak menghina atau mencaci pekerja kilang,tukang sapu
bercakap dengan sopan dengan pembantu rumah
meraikan hari pekerja

5.KASIH SAYANG
Bermaksud perasaan cinta, kasih dan sayang yang mendalam serta berkekalan yang lahir dari hati yang rela terhadap sesuatu.

A.Sayang Akan Nyawa     
segera berjumpa doktor apabila sakit.
Menyayangi dan memberi makan kepada binatang peliharaan.
Merawat binatang yang cedera.
Menjaga ibu yang sakit dengan baik.

B.Sayang Kepada Alam Sekitar
membuang sampah ke dalam tong sampah.
Menanam pokok bunga di sekeliling rumah.
Tidak membuang sisa makanan ke dalam longkang , sungai …
Menjaga kebersihan rumah, tempat tinggal…

C.Cinta Kepada Negara.
Menjaga segala kemudahan awam.
Menjaga keamanan negara dari ancaman musuh.
Menjadi warganegara yang setia, bertanggungjawab, sayang akan negara.
Menyambut hari kemerdekaan negara.

D.Cinta Kepada Keamanan Dan Keharmonian.
Bergaul dan berbual mesra dengan jiran.
Menjaga tingkah laku supaya tidak menyakiti orang lain.
Saling menghormati antara satu sama lain.
Tidak mengeluarkan perkataan yang menyentuh peribadi orang lain.
Tidak suka kepada pergaduhan .

6.KEADILAN
Bermaksud perlakuan, pertuturan, dan keputusan yang saksama serta tidak berat sebelah.

A.Adil.
membahagikan sesuatu sama banyak.
Tidak pilih kasih apabila meminjamkan sesuatu kepada kawan.
Membahagi tugas secara adil.
Tidak menyebelahi mana-mana pihak.

B.Saksama.
memberi layanan yang sama kepada adik-adik.
Berkawan dengan semua orang yang ada dalam kelas.
Tidak memilih kawan.
Memberi tumpuan yang sama untuk semua pelajaran.

7.KEBEBASAN
Bermaksud boleh melakukan sesuatu tanpa batasan atau halangan.

A.Kebebasan Di Sisi Undang-Undang.
Mematuhi segala peraturan yang ditetapkan oleh pihak sekolah.
Beratur ketika menaiki bas.
Meletak basikal di tempat yang disediakan.
Membuang sampah ke dalam tong sampah.
Tidak berbuat bising di dalam perpustakaan.

8.KEBERANIAN
Bermaksud kesanggupan seseorang untuk menghadapi cabaran dengan hati yang tabah dan yakin.

A.Berani Dengan Tidak Membuta Tuli.
Boleh bertindak dengan pantas.
Berani memasuki pertandingan jika berkemampuan.
Membantu mangsa kemalangan jika mengetahui cara menolong dengan selamat.
Menelefon bomba dan polis jika berlaku kemalangan dan kebakaran.
Cuba mengesan penjenayah yang dicari-cari oleh pihak polis.
Tidak turun daripada bas sehingga    bas berhenti.

B.Berani Kerana Benar.
Berterus terang kepada ibu bapa jika kamu melakukan kesalahan.
Melaporkan dengan segera jika ada kecurian di dalam kelas semasa guru tiada.
Memarahi dan menasihati adik kamu yang mencuri harta orang dan sekolah.
Tidak menuduh orang tanpa usul periksa.
Membantu orang yang tidak bersalah sekiranya ada bukti.
Berani menegakkan kebenaran walaupun diugut dan diberi rasuah.
Tidak berasa takut jika tidak bersalah.

9.KEBERSIHAN FIZIKAL DAN MENTAL
Bermaksud bersih dari segi diri dan persekitaran serta bersih dari segi pertuturan di perlakuan serta pemikiran dan kerohanian.

A.Kebersihan Diri.
Mandi sekurang-kurangnya 2 kali sehari.
Memotong kuku yang panjang.
Memakai pakaian yang bersih.
Tidak suka bermain di tempat-tempat yang kotor.
Membasuh tangan sebelum makan.
Membasuh buah-buahan sebelum makan.

B.Kebersihan Persekitaran
tidak membuang sampah di merata-rata tempat.
Membuang sisa –sisa makanan ke dalam bekas yang disediakan.
Tidak merosakkan pokok-pokok yang ditanam.
Mengurangkan bunyi enjin kenderaan serta asap.
Membersihkan longkang –longkang di sekeliling rumah.

C.Pertuturan Dan Kelakuan Yang Sopan
Bercakap dengan lemah lembut dan tertib kepada ibu bapa dan orang -orang yang lebih tua.
Makan dengan sopan terutama ketika menghadiri jamuan.
Tidak membantah jika disuruh.
Tidak mengumpat dan menceritakan keburukan orang lain.
Meminta sebelum menggunakan barang orang.
Menyambut tetamu dengan muka manis .
Tidak bising ketika guru tiada di kelas.

D.Pemikiran Yang Sihat Dan Membina
Memberi pandangan atau pendapat tanpa dipengaruhi perasaan.
Dapat memberi idea-idea yang bernas dan boleh diterima.
Boleh memberi nasihat dan pandangan yang berguna.
Dapat menyelesaikan sesuatu masalah.

10.KEJUJURAN
Bermaksud sikap dan perlakuan yang menunjukkan niat baik, amanah dan ikhlas tanpa mengharapkan sebarang balasan.

A.Amanah .
Menyampaikan wasiat yang diamanahkan.
Menyiapkan tugasan yang diberi.
Menyimpan rahsia orang dengan diketahui.
Menyampaikan pesanan orang dengan segera.
Menghantar barang yang dipesan .
Memegang yuran kelas dengan baik.
Menjaga harta yang tiada di rumah.

B.Bercakap Benar
memberitahu guru sebab sebenar ponteng sekolah.
Menceritakan kisah yang sebenar jika dipanggil menjadi saksi.
Tidak suka memfitnah orang lain.
Mengakui kesalahan yang dilakukan.
Tidak suka menyebar khabar angin.
Mengisi maklumat yang betul ketika mengisi borang-borang.
Berterus terang kepada guru jika tidak memahami apa-apa yang dipelajari.

C.Ikhlas
tidak menghebohkan pertolongan yang telah diberi.
Tidak mengungkit pertolongan yang pernah diberi.
Membantu rakan yang lemah dalam pelajaran tanpa meminta upah.
Menolong ibu bapa membuat kerja rumah.
Menderma untuk meringankan bebanan mangsa.
Tidak meminta upah ketika membantu orang lain dan melakukan sesuatu kerja dengan rela.

11.KERAJINAN
Bermaksud sanggup bekerja keras untuk mencapai sesuatu yang diingini.

A.Cekal.
membalut kulit buku teks dengan kertas pembalut jika telah kotor atau rosak.
Menanam semula pokok yang tercabut akibat dicakar ayam.
Mengemas rumah yang diselerak oleh adik .
Memotong rumput yang panjang di halaman rumah.
Cuba lagi sekalinya gagal, sanggup ke sekolah walaupun tiada wang saku
Menyiapkan tugasan walaupun mengambil masa yang lama.

B.Daya Usaha.
Belajar bersungguh-sungguh agar berjaya .
Bertanya guru jika tidak faham apa yang dipelajari.
Bekerja keras untuk mencari wang saku.
Berlatih bersungguh-sungguh ketika menyertai sebarang pertandingan.

C.Dedikasi
Membersih kawasan rumah hingga bersih.
Menyiap tugasan guru sebelum pergi bermain.
Sanggup mengajar adik walaupun mengantuk.
Menjalankan tanggungjawab dengan bersungguh-sungguh.
D. Gigih
Sanggup mendaki gunung untuk menyertai rombongan sekolah.
Berlatih dengan lebih giat untuk menyertai pertandingan.
Berazam untuk mendapat tempat pertama dalam peperiksaan.
Tidak berputus asa jika gagal dalam peperiksaan.

E. Tekun
Berusaha untuk mempelajari sesuatu.
Mengulangkaji pelajaran berulang kali supaya faham.
Bersungguh-sungguh dalam membuat sesuatu sehingga kemas dan bersih.

12. KERJASAMA
Bermaksud usaha yang baik dan membina yang dilakukan secara bersama pada peringkat individu, komuniti, masyarakat atau negara untuk mencapai sesuatu matlamat.

A.Persaudaraan
Sentiasa membantu orang.
Memberi buah tangan kepada jiran.
Sentiasa bertegur sapa dengan jiran.
Mengajar kawan-kawan yang lemah dalam pelajaran.

B.Tanggungjawab Bersama
Tidak membiarkan orang yang sama membersihkan kelas.
Menjaga kemudahan awam.
Menggunakan telefon awam dengan cermat.
Menjaga kebersihan persekitaran kampung.
Menjaga buku perpustakaan dengan cermat.
Berjimat cermat menggunakan air dan elektrik.
Menghormati dan menjaga Lambang-lambang Negara.

C.Gotong -Royong
Bersama-sama membersihkan kawasan sekolah.
Bergotong-royong membersihkan tandas asrama.
Bersama-sama menanam pokok bunga di kawasan sekolah.

D.Toleransi
Beratur dengan sabar ketika membeli makanan.
Sanggup mengajar adik-adik yang tidak tahu membaca.
Tidak memarahi jiran yang memasang radio dengan kuat .
Bekerjasama membuat tugasan walaupun ada kawan yang lemah dalam kumpulan.
Menerima teguran dengan sabar .
Tidak suka menerima cabaran yang tidak mendatangkan faedah.

E.Kebaikan Bersama
Bersama-sama membersihkan kawasan sekolah.
Memastikan semua peralatan elektrik, tingkap dan pintu ketika tiada di rumah.
Melaporkan kepada pihak bomba jika ada pili yang bocor .
Tidak mengotorkan tandas awam.
Membuang sampah ke dalam tong sampah.
Tidak membuat bising di dalam kelas ketika cikgu sedang mengajar.

F.Perpaduan
Sentiasa berolah ansur dengan sesiapa sahaja tanpa mengira kaum.
Saling membantu tidak kira di mana kita berada.
Bekerjasama bagi menyelesaikan tugas .
Menghormati dan mengamalkan prinsip-prinsip Rukun negara.
Tidak mengeluarkan kata-kata yang menyinggung perasaan orang lain.
Memahami budaya dan amalan kaum lain dan merayakan hari-hari perayaan kaum lain.

13.KESEDERHANAAN
Bermaksud sikap yang tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan.

A.Kesederhanaan Dalam Menimbang Kepentingan Diri Dan Kepentingan Orang Lain.
Tidak memasang radio dengan kuat sehingga mengganggu ketenteraman orang lain.
Tidak berhutang dengan orang lain untuk membantu kawan.
Tidak belajar hingga larut malam hingga menjejas kesihatan diri.
Berbelanja mengikut kemampuan diri.
Menolong ibu bapa jika ada masa lapang.
Tidak meminjam buku sendiri kepada orang lain ketika kita sendiri memerlukannya.
Menghadiri aktiviti yang berfaedah.

B.Tidak Keterlaluan Dalam Pertuturan Dan Tingkah Laku.
Tidak berlagak sombong jika terpilih menjadi pelajar terbaik.
Tidak memaksa ibu bapa membeli barang yang kita ingini jika mereka tidak mampu.
Tidak mengejek dan mentertawakan orang cacat.
Menghormati adap resam dan kebudayaan orang lain.
Beradap sopan di hadapan ibu bapa , guru, orang yang lebih tua dan juga rakan-rakan.

14.KESYUKURAN
Bermaksud melahirkan perasaan dan perlakuan secara ikhlas atas nikmat dan kesenangan yang diperoleh.

A.Berterima Kasih.
Berterima kasih kepada kawan yang membantu kita ketika kita berada dalam kesusahan.
Mengirim kad ucapan terima kasih sayang kepada mereka yang mengingati hari ulang tahun.
Kita memberi upah kepada mereka yang membantu membersihkan kawasan rumah.
Mengucapkan terima kasih kepada sesiapa yang memberi hadiah kepada kita .
Memberi buah tangan kepada jiran yang menjaga rumah kita ketika kita tiada di rumah.

B.Mengenang Budi.
Mempelawa orang yang telah berbudi datang makan di rumah kita.
Membalas budi orang  yang telah berbudi kepada kita
Menjaga ibu bapa dengan baik ketika mereka telah tua.
Memberi sumbangan kepada sekolah setelah kita telah bekerja.
Mengunjungi rumah nenek di kampung.
Belajar bersungguh – sungguh sebagai tanda mengenang budi guru.

C.Penghargaan
Memberi hadiah kepada pekerja yang berdedikasi.
Menggunakan kemudahan awam dengan cermat.
Menyambut Hari Guru dengan meriah.
Membuat tanda kesyukuran atas kejayaan seseorang.
Mengingati sejarah tanah air, dan melawat Tugu Negara dan tempat – tempat bersejarah.

15.RASIONAL
Bermaksud  boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata.

A.Boleh Membuat Pertimbangan
Berfikir dengan semasak-masaknya sebelum membuat keputusan.
Tidak mudah terpengaruh dengan hasutan kawan-kawan atau iklan-iklan.
Tidak menerima cadangan kawan-kawan untuk pergi berkelah di tempat terpencil atau bahaya.
Menyiasat dengan teliti sebelum menuduh orang.
Melarang adik masuk ke rumah jiran jika jiran tiada di rumah.

16.SEMANGAT BERMASYARAKAT
Bermaksud kesediaan melakukan sesuatu untuk kepentingan bersama.

A.Bermuafakat.
Berbincang dengan ahli keluarga untuk menyelesaikan masalah.
Mengambil berat masalah penduduk kampung.
Bersatu tenaga untuk keamanan penduduk kampung.

B.Kejiranan.
Membantu jiran ketika mereka dalam kesusahan.
Berkunjung ke rumah jiran jika ada masa lapang.
Tidak membuat bising hingga mengganggu jiran.

C.Peka Kepada Isu-Isu Sosial Dalam Masyarakat.
Sentiasa membaca surat khabar.
Berbincang dengan rakan tentang isu-isu semasa.
Mengikuti aktiviti-aktiviti kemasyarakatan.

17.PATRIOTISME
Bermaksud semangat cinta akan negara iaitu tempat di mana kita dilahirkan.

A.Memupuk Semangat Cinta Akan Negara.
Berdiri ketika lagu negaraku dinyanyikan.
Cuba mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa.
Tidak memburukkan nama negara .
Menyambut hari kemerdekaan.

B.Kesetiaan Terhadap Negara.
Membantu membanteras musuh negara.
Tidak belot terhadap negara dengan menjual maklumat negara kepada negara luar.
Tidak menentang dasar pemerintah.

C.Bersyukur, Berbangga, Prihatin, Menghargai, Bertanggungjawab Dan Peka.
Bersyukur dengan keamanan yang telah dicapai oleh negara.
Bangga menjadi rakyat Malaysia.
Hargai kemewahan yang telah diperoleh dan bersyukur atas nikmat tuhan.
Ambil berat tentang apa yang berlaku dalam negara.


No comments:

Post a Comment